Monday, December 26, 2011

#22 : Melengkapi

Wahai seorang lelaki,
jika seorang wanita mencintaimu,
andai di sisi kamu ialah rusuk kirimu,
pimpinlah dia,
bawalah dia,
menuju ke arah kebahagiaan,
di dunia,
dan di akhirat,
kerana dialah bidadari syurgamu,

Wahai seorang wanita,
jika seorang lelaki mencintaimu,
andai di sisi kamu ialah kekasih halalmu,
sentiasalah di bahunya,
jadilah tempat dia bersandar,
melepaskan lelah,
tanpamu ,
seteguh mana pon seorang Adam,
pasti akan menangis,

Wahai lelaki dan wanita,
perkahwinan itu ikatan sampai ke syurga,
berusahalah membawanya bersama-sama,

-HZ

Friday, December 23, 2011

#21 : Rahsia

Tak usah orang tau rahasia,tentang sesuatu diantara kita.
Ku tak ingin ini semua ini menjadi berita,dibumbui,diaduk-aduk menjadi gosip semata.
Tetaplah ini jadi rahasia,tak usah bilang siapa-siapa.
Nanti orang jadi cemburu dibuatnya,karena ada cerita indah diantara kita.

-HA

Tuesday, December 20, 2011

#20 : Mengantuk

Mata tolong jangan rebah
Ayuh bangun
Tolong patuh akan kata aku.

-OB

Wednesday, December 14, 2011

#19 : Gerhana

Aku tahu apa ertimu gerhana
Maafkanlah..

Aku tahu apa maksudmu purnama
Maafkanlah..

Aku tahu siapa dirimu rembulan
Maafkanlah..

Aku cuma belum tahu,
berkisahnya kita sampai bila?

Aku cuma belum tahu
luka di dadamu,
mengapa aku yang lara?

Aku cuma belum tahu,
mengapa masih kauhias malamku?

Kita kan telah tahu.
Tiadalah kan bersatu
bulan dan pemujanya.


-Puisi Pantas Pendek

Tuesday, December 13, 2011

#18 : Aku

Aku tetap aku.
Bukan kau.
Bukan dia.
Jauh sekali mereka.

-OB


Friday, December 9, 2011

#17 : Hilang

Air mata gugur lagi
Entah kenapa hati ini terasa sebak
Bagai ada sesuatu yang hilang
Hati aku kosong. Beku mungkin
Namun di sebalik kekosongan itu ada sinar ketenangan yang wujud.
Tak dapat aku tafsirkan apa hati cuba terangkan.
Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hamba-Mu yang satu ini.

-OB

Monday, December 5, 2011

#16 : Pagi

Mata terbuka menghadap dunia
Syukur aku masih bernyawa
Selamat pagi, cinta
Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.

-OB


Saturday, December 3, 2011

#15 : Cukup

Aku yang menunggu.
Aku yang menerima.
Aku yang mulakan.
Aku yang bersabar.
Tak mengapa kawan,
kalian boleh teruskan.
Aku dah tak mampu bertahan.

-OB

#14 : Lali

"So? Apa masalahnya kalau mpa takdak?"
Haha kau bergurau?
Aku faham. Tak mengapa.
Aku dah biasa :)

-OB

#13 : Kosong

Aku diam walau hati ini dah tak mampu menahan.
Hanya senyuman yang mampu ku berikan.
Menutup setiap tangisan yang hadir.
Tapi kalian tak pernah hairan.
Mungkin bagi kalian aku tak ada hati dan perasaan.

-OB

Friday, December 2, 2011

#12 : Pilihan

Hati kata kiri.
Otak kata kanan.
Aku pilih kanan.
Maaf hati.
Ikut kau, aku yang mati.

-OB

Thursday, December 1, 2011

#11 : Disember

Permulaannya sangat baik.
Semoga penutupnya juga indah.
Harapan aku...
Klimaks di pertengahan cerita tak akan mati menyepi. Kaku.

Jangan risau Disember.
Kau takkan aku sia siakan.
Doakan aku.

-OB