Friday, January 20, 2012

#26 : Sampai Mati Pun

Sampai mati pun
aku tak percaya

selagi aku tak tahu apa isi dalam hati tu
selagi tu aku bunuh semua putik rasa dalam hati ni !

-ciklilyn  

Friday, January 13, 2012

#25 : Elegi

Setiap pagi
kulintas perkuburan sayu
dia ada di situ.

Menjelang tengahari
kulalui hentian rindu
dia ada di situ.

Memasuki malam
aku meniduri lelah
dia ada di sebelah.

Menjelang dinihari
aku bangkit munajat
dia ada dekat.

Setiap ketika
apabila aku luka
dia mengubat nestapa.

Terima kasih, Tuhan!

- Lady Windsor

#24 : Ratib Pendosa

Apabila kata kata
menjadi sebuah dosa
tertutupkah pintu taubat
pada langit kirmizi.

Apabila seru menjadi sumpah
angin kepatahan sayap
ombak kehilangan ganas
bulan pun malu untuk bersinar.

Dan apabila doa
tidak lagi diangkat ke langit
aksara jawi hilang rupa
sangkakala bertempik
maya nyaring berkocak.

Aku hilang bentuk
jasad bagai jisim
kerana aku ini
suatu metamorfosis
dari sebuah mukjizat abadi!

Aku pulangkan
nikmat azali
kepadaMu!

Ampunkan aku Tuhan!

-Lady Windsor  

Sunday, January 1, 2012

#23 : Tahun Baru

Setiap hari membilang detik
ada hati yang sakit
ada perasaan yang carik
ada jiwa yang pilu
ada juga air mata sendu
masa jadi cemburu
ruang buat aku jadi bisu
apabila kata-kata menjadi dosa
segala penat lelah sia-sia
apabila janji tidak ditepati
semua yang diucap bagai belati
menyiat-nyiat tangkai hati
pun begitu janji Tuhan adalah pasti
dan aku menjadi lali
dengan hidup sendiri
membilang detik lagi
tahun beralih pergi
tidak mahu lagi aku lari
biar ia datang ke dalam pelukan
selamat berangkat tahun sudah
aku sudah melangkah
ke sebuah tahun
bernama
tahun baru!

- Lady Windsor