Saturday, June 14, 2014

#39: Kau Tidak Tahu

Jangan kau mudah menduga
Kerna belum pasti apa kau rasa itu realiti dunia

Kau lihat dengan mata
Bukan dengan hati
Pastinya kau taknampak yang tersembunyi

Kau tidak tahu 
Kau hanya mahu menghukum
Tidak ada walau secebis rasa untuk kau lihat baik ceritanya
Tidak langsung kau mahu percaya ada usaha di balik khilafnya
Ada usaha mencuci dosa yang nyata
Tidak mungkin kau cuba untuk masuk dalam jiwa 
Dan lihat cahaya di balik kegelapan dunia itu

Jika itu cara kamu
Maka sampai bila pun dia mungkin tak akan kembali
Sudah cukup beban diri
Kau tambah lagi tanpa naluri hati

Dia yang buntu kan terus kaku
Dengan cara itu kau amat membantu

-OB