Thursday, August 30, 2012

#31 : Degil

Manis akhir remaja dan awal dewasa aku adalah zaman berbahang
Bikin aku jadi manusia degil
Tak mahu mudah tunduk beri setia
Kepada puaka dunia.

-fadliahmad  

#30 : Yang Tertulis dan Terlukis

Ada yang sudah tertulis,
Menari-nari antara garis,

Ada yang sudah terlukis,
Berwarna-warni dan jernih,

Hamparkan aku permaidani terpilih,
Biar senang aku memilih.

-Matt Thunderstrike

Thursday, June 14, 2012

#29 : Maaf, kawan.

Aku tidak bermaksud untuk merahsiakan
Aku cuma perlu waktu
Meneruskan perjuanganku
Memastikan pengorbananku ini bukan sesuatu yang sia-sia
Membuktikan bahawa aku benar tekad
Dan menepis setiap apa yang bakal kalian katakan

Mungkin ada yang kata aku gila
Mungkin juga ada yang bakal menghentam aku membabi buta
Aku rela, aku reda

Tak mengapa wahai temanku,
Aku yakin kalian hanya mahukan yg terbaik untuk aku
Tapi percayalah,
Kali ini
Aku jauh lebih tahu.

Kau dan kau di sana,
Maafkan aku.

-OB

Sunday, May 27, 2012

#28 : Baru Permulaan

Perjalanan ini masih panjang
Baru duri yang diredah
Belum lagi bertemu ombak berapi

Kala hati sudah mula gundah
Elok kiranya kau mula melangkah
Teguhkan iman, cekalkan jiwa
Sebelum dunia mencengkammu
Membawa ke titik kau kan kaku.

-OB

Friday, February 10, 2012

#27 : Ego kamu Ego aku

Jangan menyesal mengenali aku,
aku bukan konspirasi curiga kamu,
aku bukan beban minda kamu,
aku hanya titik ubah hidup kamu.

aku bukan pembawa propaganda dunia keatas kamu.

aku hanya berdiri pada selekoh yang sama,
selekoh yang kamu datang kepada aku,
selekoh yang kamu pergi tinggalkan aku,
tidaklah aku yang tinggalkan kamu.

dan
aku hanya mampu melihat kamu berjalan pergi,
pergi menjauhi aku.
tanpa memaksa kamu kembali kemari.

tapi,
jangan sesekali padam kelibat aku dalam minda sedarmu,
aku tetap hadir dalam minda separa sedarmu jua.
ingat.

-Akugumbira