Thursday, August 30, 2012

#32 : Katanya

suruh tengok2 hati dia--
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2--
ada orang tanya?

-FynnJamal

#31 : Degil

Manis akhir remaja dan awal dewasa aku adalah zaman berbahang
Bikin aku jadi manusia degil
Tak mahu mudah tunduk beri setia
Kepada puaka dunia.

-fadliahmad  

#30 : Yang Tertulis dan Terlukis

Ada yang sudah tertulis,
Menari-nari antara garis,

Ada yang sudah terlukis,
Berwarna-warni dan jernih,

Hamparkan aku permaidani terpilih,
Biar senang aku memilih.

-Matt Thunderstrike

Thursday, June 14, 2012

#29 : Maaf, kawan.

Aku tidak bermaksud untuk merahsiakan
Aku cuma perlu waktu
Meneruskan perjuanganku
Memastikan pengorbananku ini bukan sesuatu yang sia-sia
Membuktikan bahawa aku benar tekad
Dan menepis setiap apa yang bakal kalian katakan

Mungkin ada yang kata aku gila
Mungkin juga ada yang bakal menghentam aku membabi buta
Aku rela, aku reda

Tak mengapa wahai temanku,
Aku yakin kalian hanya mahukan yg terbaik untuk aku
Tapi percayalah,
Kali ini
Aku jauh lebih tahu.

Kau dan kau di sana,
Maafkan aku.

-OB

Sunday, May 27, 2012

#28 : Baru Permulaan

Perjalanan ini masih panjang
Baru duri yang diredah
Belum lagi bertemu ombak berapi

Kala hati sudah mula gundah
Elok kiranya kau mula melangkah
Teguhkan iman, cekalkan jiwa
Sebelum dunia mencengkammu
Membawa ke titik kau kan kaku.

-OB