Saturday, June 14, 2014

#38: Kau Lupa

Kadang kadang..
Kita lupa
Bahawa kita semua sama

Aku dia semua buat dosa
Kau jua laku perkara sama
Kita sama
Cuma masa kita yang berbeza
Masa dan cerita

Dulukala
Waktu kau kacau jiwa
Kau lupa yang mereka ada
Kau lupa bicara apa mereka guna
Untuk bawa kau keluar dari huru hara

Tapi kini
Bila kau sudah 'sempurna'
Kau lupa itu semua
Kau guna bahasa apa untuk lembutkan hati manusia?
Tepuk dada tanya jiwa

Jauhnya hamba dari jalan Dia
Tidak bawa makna kau bisa mudah sekali berkata-kata
Kau jangan lupa
Kau bukan malaikat dunia
Yang sempurna
Kau juga ada dosa wahai manusia

-OB

#37: Sungguh

Tidak semudah itu.
Benar tidak.
Tidak mungkin ada yang memahami.

Aku buntu.
Tersepit.
Sungguh aku rasa berdosa.
Tapi aku tidak tahu.
Tidak tahu mahu mula dari mana.

Andai bisa aku cepatkan detik masa.
Tidak akan kutunggu sesaat lagipun jua.

Ya Allah.
Peliharalah.
Sungguh aku selemah-lemah manusia.

-OB

Monday, January 27, 2014

#35: Sesak Nafas

Susah untuk bernyawa.
Bila kiri kanan kau penuh drama.
Keliling kau penuh manusia.
Manusia yang bermuka-muka.

Kau mula hilang punca.
Pada siapa mahu percaya?
Dia.
Dan dia.

-OB

Saturday, December 1, 2012

#34: Berbeza

Kerana setiap pemikiran manusia itu berbeza.
Setiap orang ada suka tidaknya.
Setiap manusia ada pandangannya yang berlainan jiwa..
Maka wajarnya,
Pedulikan apa orang kata.
Mulut tak akan berhenti berbicara
Itu lumrah manusia.
Tiada ada satu pun daripada mereka yang bergelar manusia itu sempurna sifatnya.

-OB

Saturday, September 1, 2012

#33: Permintaan

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
di sini aku datang,
duduk melutut
memohon
meminta
agar kau pulangkan kembali hati yang pernah aku beri dahulu

Aku datang,
penuh hormat,
penuh hina
memulangkan kembali sisa hati mu
yang masih ada padaku
setelah kau ragut kembali hati yang pernah kau beri padaku dahulu

Sisa hatimu ini juga
sudah membusuk,
sudah tidak sudi
sudah tidak mahu lagi dia kepada aku

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
pulangkanlah kembali hati aku
walau bukan dengan penuh hemah
biarlah aku yang datang menyembah
meminta hati ku yang sudah hampir tidak bernyawa
yang sudah buruk penuh parut dan luka
hati aku yang sudah lelah

Walau dulu
kau yang datang dengan penuh cinta
penuh suka
meminta hatiku untuk kau jaga
Biarlah aku melutut di sini,
memujuk meminta hati aku kembali

Wahai engkau yang pernah aku panggil cinta
Pulangkanlah kembali hatiku
biar aku rawat lukanya,
biar aku hilangkan parutnya

Kerana
Tidak aku mampu hidup tanpa hati
untuk aku pergi mencari
Cinta Tuhanku yang lebih abadi.

-Mireya